Sleep Apnea – Berdengkur Kuat, Tapi Badan Tak Pernah Cukup Rehat
4 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Jul 2026 , telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing Sleep Apnea – Berdengkur Kuat, Tapi Badan Tak Pernah Cukup Rehat? secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Webinar ini memberi pendedahan mengenai **sleep apnea**, iaitu gangguan tidur yang menyebabkan pernafasan terhenti berulang kali semasa tidur. Walaupun ramai menganggap berdengkur hanyalah perkara biasa, sleep apnea sebenarnya boleh menjejaskan kualiti tidur serta meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan diabetes.
Melalui perkongsian ini, peserta didedahkan kepada tanda-tanda utama sleep apnea seperti berdengkur yang kuat, henti nafas ketika tidur, kerap terjaga pada waktu malam, mengantuk berlebihan pada waktu siang serta keletihan walaupun telah tidur dalam tempoh yang mencukupi. Webinar turut menjelaskan faktor risiko seperti obesiti, peningkatan usia, merokok dan pengambilan alkohol.
Selain itu, penceramah menekankan kepentingan mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya mengalami simptom-simptom tersebut. Langkah pencegahan seperti mengamalkan gaya hidup sihat, mengekalkan berat badan ideal, berhenti merokok, mengelakkan alkohol sebelum tidur dan mendapatkan rawatan yang sesuai seperti penggunaan alat CPAP bagi kes tertentu mampu membantu mengawal masalah ini.
Dengan adanya webinar atau program seperti ini, ianya dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat dengan lebih kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: